Total Pageviews

Sunday, February 6, 2011

Malaysia Pengeluar Minyak, Tapi Harga Tinggi: Rasionalkah Kita...?

Kalau bercakap fasal rasional nih, lain orang, lain la tanggapannya. apa yg rasional bagi seseorang tu, bleum tentu boleh diterima oleh yang lain. Anologinya mudah. Ingat tak bila Majlis Fatwa Kebangsaan haramkan rokok, yang merokok beri hujah dengan rasionalnya. Siap ulas hadith dan fakta saintifik pun..Tapi Mufti di negeri-negeri pun, ada yang berikan rasional itu dan ini. Akhirnya, tokey kilang rokok yang untung, pemerintah dapat hasil cukai yang tinggi. Isu asal fasal bahayanya rokok baik dari kesihatan mahupun ekonomi dah xtimbul lagi asalkan masing-masing dapat bercakap dengan hujah masing-masing..

Jadi, aku tertarik nk komen fasal satu lagi topik, yang xkurang pentingnya dari rokok tadi.malah amat pentinglah kerana kalau tiada ia, maka huru-haralah semua, tak kira Pak Mufti ke, Pak Dukun ke dan berbagai-bagai lagi 'pak'..[termasuk Dollah Hapak !] So, mula-mula sekali kita tengok maksud Kamus Dewan fasal 'rasional' nih..Bagi jelas dulu..

rasional

  • 1. alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan: apakah ~ kamu utk menolak permintaannya? 2. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, waras: di manakah ada kejadian atau fakta yg hanya dapat difahami secara ~?
Aku malas la nk komen banyak, cuba baca apa kata pakar mengenai formula harga bahan bakar di negara kita..Sudah terang lagi bersuluh...
 Sumber: Sinar Harian, 5/1/2011
Aku ni bukanlah pakar apa pun..tapi Tok Wan kat Ulu Tembeling pun boleh fikir apa rasionalnya Malaysia yang cari gali minyak, tapis minyak, jual minyak. Tapi rakyat negara sendiri sejak 53 tahun merdeka, tidak pernah merasa minyak turun, melainkan naik, naik, dan naik lagi. Kalau melabur dalam ASB, 53 tahun asyik duk naik jawabnya xpayah risau lepas pencen boleh makan mewah sampai mati! Gaji baik di sektor awam atau swasta duk di takuk itu jugale. Nak naik RM10 setahun pun macam-macam NGOs dan Union nak kena fight, itupun jawapan yang diterima: Akan dikaji bila keadaan ekonomi baik dan sesuai..'Akan' nih memang lah perkataan keramat- akan mati, akan sakit, akan datang, akan makan, akan menang..dari aku umur 7 tahun lagi cikgu duk ulang perkataan yang sama..sampai dah lali dan naik bosan mendengarnya.

Cubala kita fikir apa 'rasionalnya' RASIONALISASI SUBSIDI...katanya kalau asyik bagi subsidi, negara akan muflis. Disambut pula Mantan Moyang PM, sudah sampai masanya rakyat biasakan diri TANPA SUBSIDI! Yang aku heran, kalau betul selama nih semuanya subsidi, datang mana pulak banyaknya duit nk bagi subsidi itu? Kalau udah banyak, buat apa dibayar subsidi, bagi ajela duit tuh pada rakyat nih. Kalau RM70 bilion pak pemerintah kena bayar subsidi selama 53 tahun memerintah, baik diagihkan kepada setiap rakyat yang 28 juta nih tak kira la yang umur 1 bulan ke 101 tahun ke, lebih dari cukup! Usahkan RM1 bilion seorang, RM1juta seorang pun dah lebih dari cukup! Time tu ekonomi boom lebih power dari Singapura, China dan India! Malah setakat Israel tuh, boleh aje dibom dengan duit yang sebanyak itu! Memangla itu kiraan matematik budak-budak Taska, tapi dari duk sibuk nak RASIONALISASI SUBSIDI, baik KASIKASI SUBSIDI lagi impaknya amat berkesan. Tiada lagi miskin tegar, tiada lagi jenayah ragut, samun, rompak dan curi-curi berskala kecil seperti curik telor itik Tok Wan, curi getah skrap, curi besi penutup longkang, curi selipar di Masjid, dan termasuklah curi-curi tulang di opis! Masalah sosial boleh dibendung, rakyat hidup tiada tekanan, negara harmoni, hidup bahagia buat amal ibadat aje...

Tuan-tuan dan Puan-Puan, cubalah fikir apakah RASIONALnya subsidi kalau negara-negara pengeluar minyak lain boleh jual bahan bakar ini terSANGATlah murahnya dari kita...

UAE : RM1.22/liter ($0.37/l)
Arab Saudi : RM0.39/liter ($0.12/l)
Iran: RM0.36/liter ($0.11/l)
Nigeria: RM0.33/liter ($0.10/l)
Turkmenestan: RM0.26/liter ($0.08/l)
Venezuela: RM0.16/liter ($0.05/l)

Maka, balik ke rumah, tuan-tuan fikirlah..Di mana kita setelah 53 tahun merdeka. Maha Besar ALlah yang mengurniakan rahmat telaga minyak di negara-negara Islam, hanya Dia yang Maha Mengetahui mengapa..Tidakkah kita telah mengkhianati rahmatNya, menidakkan betapa melimpahnya hasil rahmat Tuhan untuk sekalian rakyat Malaysia, tetapi masih sibuk melaungkan subsidi, subsidi, subsidi...!



Friday, January 21, 2011

Gula Gula Piliahnraya...?

walaupun dah lebih 50thn Malaysia (tanah melayu) ini merdeka, taktik pilihanraya sama aje catdoc tengok..xkesahle General Election ke by election, gula2 yang ditabur kt kempen same aje..xcaye? ha tengok nih...
mungkin yg beza hanya pembungkusnye ajelah..aku bukanle tua sangat.muda pun tidak.jadi gula2 spt spesis di atas tu aku mcm dah lali..bak kate TokGuru, yang diberi ambikla, rezeki tu.lagipun bukan duit diorg pun.ntah2 memang asal duit kite la jugak pun..incometax.servicetax.gomentax.dan ntahape2lagi tax tu.melangkah keluar rumah aje pasti dah kena 'cukai'.Ingatkan zaman dulu2 je kena bayar 'ufti' kt raja siam or kalau pahang ke melaka, bayar uifti kat sultan melaka.Tp zaman 1M lagi byk 'ufti'nya...contohnye mcm nih ya..

Motif: Tengok wayang cite Hantu Kak Limah Balik Umah
Start kete --> The Mines. 1st Ufti: Roadtax. 2nd Ufti: Toll. 3rd Ufti:Parking 4th Ufti: Cukai Hiburan 5th Ufti: Makan kat Mek Donald (service+gomentax).

Jadi bile di'gula2kn', ambik jek.mang hak kite pun.pedulik ape.soal ideologi cite lain. Cuma yg aku xpuas ati le dr dulu, asal nk pilihanraya, masa itule YB dtg.bukan die sorg.dengan bini menantu iparduai sepupusepapat silap2 bibik kt umah pun diangkut. masa itule pun nk rasa makan nasi bungkus.tp xkan makan kalau TV xamik gambar kot.so kena pose besau2 dlm paper n TV.mase itule nk bg 'gula2' kat OKU.kt warga emas.kat anak yatim.kat orgsusah.kak pam imam tok siak bilal.kak tok4,5,6,7,8 dan bagai2 lagile.mase itule nk dukung anak org Asli.janji itu.janji ini.

Itu semua kire nasib jugakle! kalau YB kawasan kite tak almarhum atau xponteng Sidang DUN 6 bulan atau xmuflis, walaupun 20penggal jd YB, xsah nk verangan le diorg dtg jenguk kite..paling2 kuat pun kite g hadap ke Pejabat die.katanye 'pejabat khidmat rakyat', tp tiap kali pegi, yg duk jd muke tembok bukan die pun.kalu x pegawai khas, pegawai khas menyibuk! Mcm2 alasan die bagi kenapa YB xboleh jumpe kita..kalau ditulis atas batu, mai ai dah boleh jadi Batu Bersurat yang barule...yang catdoc sedih tu, punyale nk jumpe YB semate2 nk mintak surat sokongan aje, terpaksa jalan kaki berbatu2 sambil dukung anak, sewa perahu tambang, naik bas..sampai depan pejabat YB, kita pun dia buat2 xnampak! nak kate semut, besar rasanye, nk kate besar, apsal YB xnampak?! xkan YB nk tetamu2 yg pakai Alphard mcm die? xkan YB nk yang pakai lampu belalang jumpa die?Kalau mcmtuh, xpayahle pg pejabat YB, YB sendiri yg sanggup dtg jumpe kite!

Alahai Malaysiaku..tapi bila YB datang jumpe kite dengan 'maksud', diberinya gula2 spt di atas, semua kesakitan hati, kesengsaraan diri, pakat duk lupe habis! Tp bile depa menang, hang toksah nk beranganla YB dtg lagi! kalau dia 'datang' lagi, itupun sebab depa duk usung mayat dia nk tanam kubur belakang kampung kita...!

Wednesday, January 19, 2011

bila GULA naik, MINYAK pula hilang....!

Malaysia nih memang unik. Antara yg byk beza antara semua kaum, 'gula' adalah persamaan yg xdapat ditandingi.Pasal kalau gula shortage, semua orang kelam kabut. Tawarlah hidup tanpa gula.Semua makan minum akan hilang daya penariknya tanpa gula. aku yang kucing nih pun boleh koma kalau gula xde! Iyalah, mau xkoma..xmerasa le aku makan friskies whiskas lagi.pastilah tuan aku kalau bagi makan kucing, semua lauk xbergula.tawar banget kata kawan aku dr Jakarta! Sebab gula nih mcm irama dan lagu.xlengkap hidup tanpa gula..sebabnya mudah je..:
> bangun pagi, gosok gg..eh dlm ubat gg ade gule taw!
>sarapan, minum Teh'O' pun ade gula taw! xtahule kalau mintak Teh 'O' mamak bagi Teh+air je kot...
>sambil2 driving nk pegi kerja, makan 'gula-gula'..hehe mcm kt bawah nih...
 http://www.wanaza.com/2008/08/25/gula-gula-barisan-nasional/

Jadi, logik x kempen kurangkan gula?
Lu pikir le sendiri!

catdoc: gula-gula pilihanraya pun makin banyak sejak akhir-akhir ini..So nk kurangkan gak ke?