Total Pageviews

Sunday, February 6, 2011

Malaysia Pengeluar Minyak, Tapi Harga Tinggi: Rasionalkah Kita...?

Kalau bercakap fasal rasional nih, lain orang, lain la tanggapannya. apa yg rasional bagi seseorang tu, bleum tentu boleh diterima oleh yang lain. Anologinya mudah. Ingat tak bila Majlis Fatwa Kebangsaan haramkan rokok, yang merokok beri hujah dengan rasionalnya. Siap ulas hadith dan fakta saintifik pun..Tapi Mufti di negeri-negeri pun, ada yang berikan rasional itu dan ini. Akhirnya, tokey kilang rokok yang untung, pemerintah dapat hasil cukai yang tinggi. Isu asal fasal bahayanya rokok baik dari kesihatan mahupun ekonomi dah xtimbul lagi asalkan masing-masing dapat bercakap dengan hujah masing-masing..

Jadi, aku tertarik nk komen fasal satu lagi topik, yang xkurang pentingnya dari rokok tadi.malah amat pentinglah kerana kalau tiada ia, maka huru-haralah semua, tak kira Pak Mufti ke, Pak Dukun ke dan berbagai-bagai lagi 'pak'..[termasuk Dollah Hapak !] So, mula-mula sekali kita tengok maksud Kamus Dewan fasal 'rasional' nih..Bagi jelas dulu..

rasional

  • 1. alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan: apakah ~ kamu utk menolak permintaannya? 2. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, waras: di manakah ada kejadian atau fakta yg hanya dapat difahami secara ~?
Aku malas la nk komen banyak, cuba baca apa kata pakar mengenai formula harga bahan bakar di negara kita..Sudah terang lagi bersuluh...
 Sumber: Sinar Harian, 5/1/2011
Aku ni bukanlah pakar apa pun..tapi Tok Wan kat Ulu Tembeling pun boleh fikir apa rasionalnya Malaysia yang cari gali minyak, tapis minyak, jual minyak. Tapi rakyat negara sendiri sejak 53 tahun merdeka, tidak pernah merasa minyak turun, melainkan naik, naik, dan naik lagi. Kalau melabur dalam ASB, 53 tahun asyik duk naik jawabnya xpayah risau lepas pencen boleh makan mewah sampai mati! Gaji baik di sektor awam atau swasta duk di takuk itu jugale. Nak naik RM10 setahun pun macam-macam NGOs dan Union nak kena fight, itupun jawapan yang diterima: Akan dikaji bila keadaan ekonomi baik dan sesuai..'Akan' nih memang lah perkataan keramat- akan mati, akan sakit, akan datang, akan makan, akan menang..dari aku umur 7 tahun lagi cikgu duk ulang perkataan yang sama..sampai dah lali dan naik bosan mendengarnya.

Cubala kita fikir apa 'rasionalnya' RASIONALISASI SUBSIDI...katanya kalau asyik bagi subsidi, negara akan muflis. Disambut pula Mantan Moyang PM, sudah sampai masanya rakyat biasakan diri TANPA SUBSIDI! Yang aku heran, kalau betul selama nih semuanya subsidi, datang mana pulak banyaknya duit nk bagi subsidi itu? Kalau udah banyak, buat apa dibayar subsidi, bagi ajela duit tuh pada rakyat nih. Kalau RM70 bilion pak pemerintah kena bayar subsidi selama 53 tahun memerintah, baik diagihkan kepada setiap rakyat yang 28 juta nih tak kira la yang umur 1 bulan ke 101 tahun ke, lebih dari cukup! Usahkan RM1 bilion seorang, RM1juta seorang pun dah lebih dari cukup! Time tu ekonomi boom lebih power dari Singapura, China dan India! Malah setakat Israel tuh, boleh aje dibom dengan duit yang sebanyak itu! Memangla itu kiraan matematik budak-budak Taska, tapi dari duk sibuk nak RASIONALISASI SUBSIDI, baik KASIKASI SUBSIDI lagi impaknya amat berkesan. Tiada lagi miskin tegar, tiada lagi jenayah ragut, samun, rompak dan curi-curi berskala kecil seperti curik telor itik Tok Wan, curi getah skrap, curi besi penutup longkang, curi selipar di Masjid, dan termasuklah curi-curi tulang di opis! Masalah sosial boleh dibendung, rakyat hidup tiada tekanan, negara harmoni, hidup bahagia buat amal ibadat aje...

Tuan-tuan dan Puan-Puan, cubalah fikir apakah RASIONALnya subsidi kalau negara-negara pengeluar minyak lain boleh jual bahan bakar ini terSANGATlah murahnya dari kita...

UAE : RM1.22/liter ($0.37/l)
Arab Saudi : RM0.39/liter ($0.12/l)
Iran: RM0.36/liter ($0.11/l)
Nigeria: RM0.33/liter ($0.10/l)
Turkmenestan: RM0.26/liter ($0.08/l)
Venezuela: RM0.16/liter ($0.05/l)

Maka, balik ke rumah, tuan-tuan fikirlah..Di mana kita setelah 53 tahun merdeka. Maha Besar ALlah yang mengurniakan rahmat telaga minyak di negara-negara Islam, hanya Dia yang Maha Mengetahui mengapa..Tidakkah kita telah mengkhianati rahmatNya, menidakkan betapa melimpahnya hasil rahmat Tuhan untuk sekalian rakyat Malaysia, tetapi masih sibuk melaungkan subsidi, subsidi, subsidi...!